Friday, September 12

Recently we had a major meeting with all the morning session's prefects.

so here's the latest updates from the meeting.

Tarikh : 5 September 2008

Masa : 9.10 - 9.40 pagi (Waktu keempat)

Tempat : Kantin

Hadirin : Lembaga Pengarah Pengawas 08/09, pengawas tingkatan 3 dan 4, Pn Susela

1.0

Bekerjasama dengan AJK


1.1 Pengawas perlu bekerjasama dengan AJK dan perlu mendengar arahan AJK semasa tugas

2.0

Denda Lewat


2.1 Pengawas harus memberitahu Xiao Fern jika tidak hadir ke sekolah

2.2 Pengawas perlu mangambil kedatangan supaya tidak perlu membayar denda lewat

2.3 Pengawas perlu menyediakan surat jika menghadapi masalah untuk datang awal ke sekolah

3.0

Malam Penghargaan Pengawas (Prefects’ Appreciation Night)


3.1 Pengawas junior perlu membayar harga penuh manakala pengawas senior membayar separuh sahaja

3.2 Sijil Penghargaan Pengawas hanya akan diberi pada Malam Penghargaan Pengawas

4.0

Mesyuarat Kumpulan


4.1 Mesyuarat kumpulan akan diadakan mengikut tempat tugas kumpulan

* ‘Gates’ – Isnin

* ‘Specials’ – Selasa

* ‘Blocks’ – Rabu

* ‘Canteen’ – Khamis

* ‘Grounds’ – Jumaat

5.0

Baucar ‘Canadian Pizza’


5.1 Pengawas boleh mendapat baucar ‘Canadian Pizza’ daripada AJK masing-masing

6.0

Stok Pengawas


6.1 Pengawas perlu membeli stok daripada Matthew/Charmaine pada minggu depan

6.2 Pengawas sekurang-kurangnya mesti mempunyai lencana sesi

7.0

Pemberiaan ‘Mentos’


7.1 Pemberian ‘mentos’ kepada pengawas

* Tingkatan 4 – ‘Mentos’ perak

* Tingkatan 3 – ‘Mentos’ gangsa

7.2 Puan Susela memberi mentos kepada pengawas-pengawas bermula dengan pengawas tingkatan 4 diikuti dengan pengawas tingkatan 3

8.0

Disiplin


8.1 Pengawas perempuan mesti pin rambut dengan kemas dan kuku mesti sentiasa pendek

8.2 Pengawas mesti menolong cikgu mengangkat bag tak kira di mana atau siapa

8.3 Maksimum pin pada blazer pengawas ialah 2 sahaja (Hanya pin yang dibeli di sekolah dibenarkan)

8.4 Jangan lupa memakai blazer semasa menjalankan tugas


Have a nice day.